Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis.
26 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober 2017, telah berlangsungnya Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Simpang Empat Perlis. Program ni berlangsung bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 petang. Sepanjang program ini bermacam-macam aktiviti yang telah berlangsung seperti pameran dari pihak bomba, dan pelbagai jualan diadakan.
Tujuan penglibatan PI adalah untuk mengeratkan hubungan PI, JKKK dan Komuniti. Disamping memberi pendedahan tentang tubuhnya pusat internet dikawasan ini. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: